Pages

Lazada Indonesia

biskut Nutella sedap

1 cawan Nutella
1 cawan (150g) tepung
1 biji telur
1/2 cawan (115g) gula kaster

Cara-cara membuat biskut Nutella:

Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.

Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.

Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG best

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan-bahannya :
● 500g sotong
● 1 cawan tepung gandum
● 1 sudu baking powder
● 1 biji telur
● sedikit garam dan lada sulah
● 1/2 sudu Italian herbs / serbuk kari
● 1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili
Cara-caranya :
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
Selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

resepi ayam goreng kfc power

(RESEPI LENGKAP) = Ayam Goreng KFC (Hot Spicy)

Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
3 sudu serbuk pasti sedap
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk bawang putih
sedikit serbuk five spice
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk thyme
sedikit soda bikarbonat
1biji telur


Cara-cara:
1. Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
5. Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

resepi roti arab best

1. 500g tepung
2. 1 peket ibu roti / yis 11g
3. Secubit garam
4. Air secukupnya...biasanya 1 cawan dah cukup
Cara2:
1. Gaul tepung, yis & garam...gaul kering.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga sebati...pastikan adunan tak lembik. Uli sampai tepung tak melekat di tangan.
3. Bulat2kan doh sebesar saiz tutup botol minyak masak yg 5 liter tu. Bulat besar2 la...
4 . Biarkan doh naik sekali ganda...dalam 10 minit...lepas tu ambik sebiji2...lenyek atas papan potong ka, atas dulang ka, atas lantai ka.. biasa jadi saiz besar piring nasi.
5. Letak atas kuali rata. Kalau elok adunan n cara lenyek doh...cantik la naik rotinya...