Pages

Lazada Indonesia

sziling yee mee sedap

Homemade Szilling Yee Mee
Bahan utama :
Kuah Szilling:
Ayam
Cendawan Shitake
5-6 ulas bawang putih
Segenggam cili kering
2inci halia
Kiub Pati Ayam
Kicap makan pekat
6sb Sos tiram
Garam
Gula
Air (ikut nk kuah byk mana)
Bancuhan tepung jagung
Minyak

saya tambah carrot potong panjang2 dan kecil2 supaya cepat masak
sayur kailan 
Yee Mee (rendam dgn air biasa sekejap,jgn air pns nt kmbg xsedap)
Sawi
Telur
*lebihan kuah boleh simpan dlm peti utk masak lagi..sayur boleh pelbagaikan..letak carrot ke..kobis ke..
*candawan shitake kalau yg kering kene rendam semalaman..br lembut..beli yg 'fresh' kat giant..sy rendam jugak sekejap..bau dia agak kurang enak macam bau petai.

cara masak
tumis bawang putih,halia,lada kering yang dipotong 2 dengan minyak jagung 2 sudu
agak2 da naik bau masukkan ayam yg dipotong kecil2..isi ayam sahaja pon best
masukkan carrot n air dibancuh kiub pati ayam...saya pakai suku je kiub ni tak suka perasa banyak2
dah nidih masukkan kailan n cendawan
last sekali masukkan 3 sudu tepung jagung dibancuh dengan secawan air supaya tak berketul
garam n gula secukup rasa
rebus yee mee sampai mendidih tos kan air...curahkan kuah yg dimasak tadi
fuh sodap

apam balik mudah

2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula. 
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.
Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.

Sup Cendawan Berkrim

Sup Cendawan Berkrim
===================
BAHAN-BAHAN :
- Cendawan butang (telah dihiris)
- 2 potong mentega (setebal 1 cm)
- ½ garam
- ½ lada hitam
- 1 sudu parsley kering
- 3 cawan air stok ayam
- 2 biji telur kuning (telah di pukul)
- 1 ½ heavy whipping cream / susu segar

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1) Cairkan mentega di dalam periuk jenis Dutch oven / saucepan terlebih dahulu,kemudian masukan cendawan yang telah di hiris dengan api yang perlahan. (teknik ini di panggil saute)
2) Gaul sehingga cendawan menyerap semua cairan mentega dan menjadi basah. Teknik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 – 3 minit.
3) Kemudian, masukkan stok ayam ke dalam periuk Setelah itu, taburkan lada hitam, daun parsley kering. Masukkan sedikit garam mengikut cita rasa kamu.
4) Pastikan api sederhana dan biarkan ia selama beberama minit.
5) Sementara menunggu ia mendidih, masukkan telur kuning di dalam bekas berisi heavy whipping cream / susu segar kemudian kacau ia selama beberapa saat.
6) Setelah itu, masukkan ia ke dalam periuk dan tungguh sehingga ia separuh mendidih.

Chicken mushroom soup

Chicken mushroom soup
Bahan2:
1/2 bawang besar holland@bawang apa pun boleh aje..*dipotong dadu
1 ulas bawang putih*dipotong dadu
Isi ayam dihiris
2 helai Daun bay
1 sudu besar oregano
Sedikit cendawan butang yang dihiris nipis
1 cwn tepung gandum yang telah dibancuh dengan air (kena tapis)
1 kuib ayam dan sedikit garam
Sedikit air biasa @jika ada stok ayam pun ok
1/2 tin susu cair @boleh diganti dengan susu segar juga.
Sedikit mentega dan sedikit minyak
Cara2 :
Panaskan minyak.. masukkan mentega. Dah cair masukkan bawang besar+bawang putih+daun bay+oregano , tumis sampai naik bau dan bawang layu. Masukkan isi ayam. Setelah isi ayam hampir masak... masukkan cendawan butang.(jika kurang oregano masukkan lagi)
Kemudian masukkan air tepung gandum dan susu cair+air biasa+kuib ayam (jumlah air ikut kepekatan soup yang diinginkan) kacau sampai mendidih dan siap.